Sunday, 8 March 2015

frosted plum peach by mr. frosty's (6mg)


frosted plum peach (6mg)
by mr. frosty's
That essence of plums and peaches with cooling effect


Salam sejahtera. Sekali lagi saya ingin menulis review kedua saya dan juga bottle kedua yang saya beli bagi mengongsikan pendapat saya tentang juice ini. Juga dengan menggunakan tank Kayfun Lite, juice ini memberikan rasa yang menarik. Semasa inhaling juice ini, kesejukan di tekak adalah pada tahap yang agak tinggi sesuai untuk dinikmati oleh iklim Malaysia yang kebelakangan ini agak panas extreme. Rasa plum dan peach juga seimbang dan boleh mengenalpasti kedua-dua perasa apabila exhaling di mulut dan juga di hidung. Aroma perisa berbanding dengan level kesejukan adalah berada slightly di bawah tahap kesejukan. Akan tetapi tidak lah menenggelamkan sama sekali perisa yang dibancuh. Di lidah meninggalkan sedikit rasa masam-masam manis. Bagi yang ingin merasa boleh lah mencuba dan ianya rasa yang agak menarik bagi yang menyukai kesejukan pada tahap yang agak tinggi.

PG:VG 60:40

mr. frosty's adalah produk buatan tempatan (made in Malaysia).
**saya cuba mencari product details bagi produk ini, akan tetapi saya gagal menjumpainya. Jika di masa hadapan saya berjaya menyelam dan menjumpainya akan saya update blog post ini.

Saya membelinya di kedai Bottle Vape by Vape Empire di Sunway Mentari pada harga RM35/30ml

https://www.facebook.com/pages/Bottle-VAPE-by-Vape-Empire/363225047194932

atau anda boleh mendapatinya di kedai-kedai vape berhampiran anda jika mereka ada mengambil stok produk ini

atau anda boleh menghubungi sendiri mr. frosty's di laman sesawang di bawah bagi mendapatkan juice anda dan juga untuk browse dengan lebih lanjut produk-produk e-juice keluaran mereka

https://www.facebook.com/pages/Mr-Frostys-E-Juice/639584812824501?sk=timeline

Rating: ✮✮✮✮✮✮✩✩✩✩ (6/10)

1 comment:

  1. Ein großer Vorteil des Vapings von Kräuterräucherwerk ist die präzise Temperaturkontrolle. Dadurch können die gewünschten Wirkstoffe der Kräuter optimal freigesetzt werden, ohne sie zu verbrennen. Zudem ist das Dampfen diskreter und geruchsärmer als andere Methoden. Wer eine moderne und effektive Art sucht, Kräuterräucherwerk zu genießen, wird die Vielseitigkeit und Effizienz von Vaporizern schätzen. Herbal incense

    ReplyDelete